Sunday, November 21, 2010

The New Proton Inspira, Inspira X and Proton Emas. What's your opinion?

Okay, memang dah dengar khabar yang Proton akan mengeluarkan model terbarunya, iaitu Proton Inspira. Ramai yang mengutuk dan ramai juga yang memuji model tersebut kerana model kali ini hampir serupa dengan Mitsubishi Lancer. Hahahaha. Namun harganya jauh lebih murah berbanding dengan Lancer. 















Model ini juga dikenalpasti sebagai pengganti Proton Waja. Model ini adalah rebadge daripada model Mitsubishi Lancer. Actually, aku kurang senang dengan kutukan orang-orang yang tak tahu pasal industri permotoran nih (aku pun tak tahu sgt, hehe) tapi aku rasa better than Proton Wira yang bertampal lambang mitsubishi dan lancer, tinggikan kereta dan perasan konon-kononnya kereta mereka adalah mitsu lancer. lagi tak sedar diri, wakakaka. 
















Dengan enjin mitsubishi dan suntikan body dari lotus, aku rasa memang berbaloi dgn harga RM78,549.00 (on the road) untuk 1.8. Dashboard dan stearing  juga menarik. Ini satu peningkatan yang baik bagi model proton, aku rasa =)















Okay, baru-baru ni aku terdengar ura-ura yang akan keluar moder Proton Inspira X. Dengar kata, Inspira R3. Aku pun kurang pasti R3 tu apa, tapi macam gempak, huhuhu. So, macam mana? Nak beli Proton Inspira ke Mitsubishi Lancer. Fikirlah sendiri, labu! hahaha

Satu lagi model proton yang akan keluar ialah Proton Emas, satu-satunya rekaan dari Itali dan enjin hybrid (menggunakan petrol dan elektrik). Model ni masih lagi dalam prototype dan tak pasti bila launching.. Yang pastinya akan keluar sebab dah keluar di motorshow di Geneva, 2010.. Gogogo GREEN! =D





Salute sama Proton! (even ada juga kelemahan dan kekurangan. Well, nothing is perfect)

1 comment: