Sunday, December 26, 2010

Its been a while

Haa, dah lama aku tk update blog.. Sibuk la katakan.. 2hb 12 haritu aku dh start kerja dan 21hb 12, aku berulang-alik ke utara Malaysia. Pertama sekali ke Kedah. Maklumlah belajar kt Kedah kn. Haha. Then ke Penang dan lastly ke Ipoh, Perak.

Ha, tentang perlawanan akhir pertama antara pasukan Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Actually i dont expect a 3 goal scored by the Malaysian team. At last, the Malaysian team played aggressively in the second half and manage to produce goals by Safee Sali (2 goals) and Ashaari (1 goal). Apa-apa pun, jangan terlalu berbangga atas kejayaan ini kerana selepas ini Malaysia akan beraksi di Jakarta. Just do the best and win the cup for the Malaysians. Malaysia boleh!

Wednesday, December 1, 2010

Oh 5-1


Alahai team Malaysia.. Sampai 5 berbalas 1 korang kena.. Jangan la macam ni. Baju dh baru. Penat je aku promote kat blog aku. Komen aku, pertahanan Malaysia banyak buat kesilapan yang tak sepatutnya lebih-lebih lagi own goal dari sape tah, aku lupa. Elakkan kesilapa bodoh macam tu lain kali . Come on la. Buat yang terbaik masa bertemu Thailand nanti okay? Walau pun aku tak fanatik sangat dengan team Malaysia ni, tapi aku sokong jugak.. Kalau ada yang tak tau, AFF Suzuki Cup ni dulu dikenali dengan nama Piala Tiger. Anyway, aku tak expect Malaysia boleh pergi jauh kali ni. Tapi sokong je la. All the best!

Thursday, November 25, 2010

Drum, Music and Friendship

Kenapa drum? Aku memang minat drum semenjak dari from 2 lagi. Bagi aku, drum ni memang tempat untuk aku meluahkan perasaan, melepaskan tekanan dan macam-macam lagi. Aku teringat pertama kali aku bertemu drum face to face. Only God knows how exited am i that time. Hahaha, kinda funny, right? Tapi aku tk peduli. Masa tu aku dengan kawan-kawan yang baru juga mengenal alat muzik ni. 
Zulfadhli- Lead Guitar
Redzuan- Bass
Adib- Rythem Guitar

Lagu pertama yang kami jamm, The Beatles-I Want To Hold Your Hand. Sangat klasik. Masa tu kami form 4 kalau aku tk silap. Macam-macam lagu kami cuba seperti Audioslave-Like A Stone. Yang lain aku lupa. Hehe.

Kemudian kami bertukar ahli. Kali ini bertiga pulak. Aku, Muslim dan Faisal Rasib. Kali ini kami lebih kepada muzik skin head dan lagu sendiri yang berkonsepkan skin head. Layan je. Ahaha. Masa tu form 5 dan kami sanggup sewa alat-alat muzik dari studio untuk persembahan Hari Patriotik peringkat sekolah (kalau aku tk silap) dan kami bawa lagu Ella- Standing In The Eyes Of The World dan Sudirman- Warisan. Aku sangat exited kerana kami yang pertama membuat persembahan dengan band.

Lepas tamat persekolahan, kami jarang berjumpa dan aku create a new band dengan Redzuan, Faisal, Syahid Bukhari dan Hairul. Kali ini kami membawa alunan muzik indie seperti Hujan, Arctic Monkeys, Radiohead, The Strokes dan Muse. Kami banyak mencipta lagu-lagu tersendiri. Kami banyak meluangkan masa bersama dan menjadi rapat. Selalu lepak bersama.

Sehingga ke hari ini, aku masih bermain drum tetapi hanya untuk mengisi masa lapang dan tiada niat untuk menjadikan kerjaya. Tapi aku teringin bermain drum elektronik. Tah macam manalah rasanya.




Oooppss, yang kat bawah ni hanya untuk PRO sahaja. Yang basic, boleh la aku main. Kalau macam ni, siapa je yang boleh main =__=


So, aku rasa muzik ni salah satu cara bagi kita untuk mengenal dunia dan ragam manusia. Kau boleh berjumpa dengan orang, berborak pasal benda yang korang minat dan boleh memberi peluang untuk korang membuat gig, yang sampai sekarang ni aku belum pernah main gig. wakakaka. Maybe someday.. Muzik juga boleh mencipta satu persahabatan dalam hidup kita.

Sunday, November 21, 2010

The New Proton Inspira, Inspira X and Proton Emas. What's your opinion?

Okay, memang dah dengar khabar yang Proton akan mengeluarkan model terbarunya, iaitu Proton Inspira. Ramai yang mengutuk dan ramai juga yang memuji model tersebut kerana model kali ini hampir serupa dengan Mitsubishi Lancer. Hahahaha. Namun harganya jauh lebih murah berbanding dengan Lancer. 















Model ini juga dikenalpasti sebagai pengganti Proton Waja. Model ini adalah rebadge daripada model Mitsubishi Lancer. Actually, aku kurang senang dengan kutukan orang-orang yang tak tahu pasal industri permotoran nih (aku pun tak tahu sgt, hehe) tapi aku rasa better than Proton Wira yang bertampal lambang mitsubishi dan lancer, tinggikan kereta dan perasan konon-kononnya kereta mereka adalah mitsu lancer. lagi tak sedar diri, wakakaka. 
















Dengan enjin mitsubishi dan suntikan body dari lotus, aku rasa memang berbaloi dgn harga RM78,549.00 (on the road) untuk 1.8. Dashboard dan stearing  juga menarik. Ini satu peningkatan yang baik bagi model proton, aku rasa =)















Okay, baru-baru ni aku terdengar ura-ura yang akan keluar moder Proton Inspira X. Dengar kata, Inspira R3. Aku pun kurang pasti R3 tu apa, tapi macam gempak, huhuhu. So, macam mana? Nak beli Proton Inspira ke Mitsubishi Lancer. Fikirlah sendiri, labu! hahaha

Satu lagi model proton yang akan keluar ialah Proton Emas, satu-satunya rekaan dari Itali dan enjin hybrid (menggunakan petrol dan elektrik). Model ni masih lagi dalam prototype dan tak pasti bila launching.. Yang pastinya akan keluar sebab dah keluar di motorshow di Geneva, 2010.. Gogogo GREEN! =D





Salute sama Proton! (even ada juga kelemahan dan kekurangan. Well, nothing is perfect)

Saturday, November 20, 2010

Konspirasi Illuminati dan Freemason

Dajjal. Apa yang terlintas di fikiran jika kita berbicara tentang dajjal? Aku ingat masa aku kecik dulu. Bila dengar dajjal, dajjal tu benda yang jahat dan akan menyesatkan umat Islam di seluruh dunia. Sekarang, aku boleh nampak apa kejahatan yang dilakukan oleh dajjal melalui pertubuhan-pertubuhan di bawah naungan dajjal. Antaranya; Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion dan Society Of Jesus/ Jesuit. Tapi yang paling popular adalah freemason dan illuminati. 

Mereka memperkenalkan The New World Order dan One World Religion


















untuk penduduk di dunia. Mereka mempunyai agenda yang amat tersirat untuk mempengaruhi dari segi PEMIKIRAN, terutamanya kepada UMAT ISLAM dan pengaruh yang paling berkesan adalah dengan HIBURAN. Yang paling popular ialah Lady Gaga si penyembah syaitan. Dia merupakan penyembah Lucifer yang tegar. Rihanna, Madonna, Jay-Z adalah antara artis barat di bawah tajaan Freemason dan Illuminati.













Di Malaysia pun semakin banyak pertandingan nyanyian dan lakonan antaranya Akademi Fantasia, Mentor dan yang paling latest aku tertengok adalah mari menari. Apa hal semua ni? Semua nak menyanyi ke? Dah tiada kerjaya lain? Perempuan tak tahu ke SUARA mereka adalah AURAT? dan mereka boleh berkata mereka mencari rezeki yang halal dengan nyanyian dan lakonan. Such a bloody stupid. Cuba tengok gambar-gambar ni. Contoh paling simple. ONE EYE. Siapakah yang mempunyai satu mata? fikir-fikirkan lah..

Antara gambar-gambar yang menarik;













SCARLET LADY OF BABYLON, yes Taylor Swift 
juga antana ahli freemason

















HUJAN, indie band Malaysia wallahhualam.
Tapi tengok rambut yang tutup mata dan
lambang pada baju, hmm. Entahlah















ONE US DOLLAR

Golongan-golongan ini amat bijak dan cerdik dalam mempengaruhi pemikiran kita TANPA DISEDARI. So, kawan-kawan, berjagalah, ya? =)

Friday, November 19, 2010

Jersi Team Malaysia 2011?


Okay, even jersey ni dah agak lama aku tgk (taklah lama sgt) aku rasa better than before even design dia kurang sikit,


aku tak suka tengok lambang FAM, sebab, FAM is full with corruption yang membantutkan pembangunan bolasepak negara kita. 


Macam manalah nak maju, kalau FAM penuh dengan korupsi, tak bersefahaman. Mustahil nak menghasilkan team yang mantap kalau macam ni. Dengan adanya bendera Malaysia, aku rasa player lagi bersemangat nk perform untuk team negara. Apa-apa pun, tunggu jelah tahun depan, tengok apa jadi =)

Selamat Datang

Assalamualaikum WBT.

Ha, first time aku menulis blog. Terasa agak janggal. Hahaha. Tak mengapa, pelan-pelan kayuh. Tujuan aku tulis blog ni bukanlah nak bergedik-gedik, cuma nak berkongsi isu-isu semasa, benda yang aku suka, benda yang aku tak suka etc. I'll post the first issue in the next post!

Salam =)