Thursday, November 25, 2010

Drum, Music and Friendship

Kenapa drum? Aku memang minat drum semenjak dari from 2 lagi. Bagi aku, drum ni memang tempat untuk aku meluahkan perasaan, melepaskan tekanan dan macam-macam lagi. Aku teringat pertama kali aku bertemu drum face to face. Only God knows how exited am i that time. Hahaha, kinda funny, right? Tapi aku tk peduli. Masa tu aku dengan kawan-kawan yang baru juga mengenal alat muzik ni. 
Zulfadhli- Lead Guitar
Redzuan- Bass
Adib- Rythem Guitar

Lagu pertama yang kami jamm, The Beatles-I Want To Hold Your Hand. Sangat klasik. Masa tu kami form 4 kalau aku tk silap. Macam-macam lagu kami cuba seperti Audioslave-Like A Stone. Yang lain aku lupa. Hehe.

Kemudian kami bertukar ahli. Kali ini bertiga pulak. Aku, Muslim dan Faisal Rasib. Kali ini kami lebih kepada muzik skin head dan lagu sendiri yang berkonsepkan skin head. Layan je. Ahaha. Masa tu form 5 dan kami sanggup sewa alat-alat muzik dari studio untuk persembahan Hari Patriotik peringkat sekolah (kalau aku tk silap) dan kami bawa lagu Ella- Standing In The Eyes Of The World dan Sudirman- Warisan. Aku sangat exited kerana kami yang pertama membuat persembahan dengan band.

Lepas tamat persekolahan, kami jarang berjumpa dan aku create a new band dengan Redzuan, Faisal, Syahid Bukhari dan Hairul. Kali ini kami membawa alunan muzik indie seperti Hujan, Arctic Monkeys, Radiohead, The Strokes dan Muse. Kami banyak mencipta lagu-lagu tersendiri. Kami banyak meluangkan masa bersama dan menjadi rapat. Selalu lepak bersama.

Sehingga ke hari ini, aku masih bermain drum tetapi hanya untuk mengisi masa lapang dan tiada niat untuk menjadikan kerjaya. Tapi aku teringin bermain drum elektronik. Tah macam manalah rasanya.




Oooppss, yang kat bawah ni hanya untuk PRO sahaja. Yang basic, boleh la aku main. Kalau macam ni, siapa je yang boleh main =__=


So, aku rasa muzik ni salah satu cara bagi kita untuk mengenal dunia dan ragam manusia. Kau boleh berjumpa dengan orang, berborak pasal benda yang korang minat dan boleh memberi peluang untuk korang membuat gig, yang sampai sekarang ni aku belum pernah main gig. wakakaka. Maybe someday.. Muzik juga boleh mencipta satu persahabatan dalam hidup kita.

1 comment: